Assalamualaikum semua.
Okay rasa macam dah lama tak menulis dalam blog ni. So, hari ni Zayraa nak share tentang kolagen. Maklumlah, dah nak masuk angka 30 ni risau muka nampak tua dari usia. So, jom ambil tahu apa itu kolagen dan kepentingan kolagen kepada tubuh badan kita.
Maksud Kolagen
Kolagen adalah protein struktur utama di dalam Matriks Ekstraselular yang mana terdapat dalam pelbagai tisu penghubung di dalam badan manusia. Kolagen biasanya ditemukan pada kulit, tulang, sendi, dan juga lapisan usus. Kolagen ini bekerja dengan keratin untuk memberikan kekuatan, kehalusan, keanjalan, dan ketahanan kepada kulit kita. Kolagen dalam tubuh badan kita terdiri daripada asid Amino yang terdiri dari gycine, proline, hydroxyproline, dan hydroxylysine. Protein kolagen ini ditemukan pada lapisan kedua kulit (Dermis) yang kemudian akan digabungkan bersama ke seluruh dermis.
Perbezaan Kulit Muda & Tua |
Kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal.Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang.
Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroksiapatit. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
Fiber kolagen yang juga terdapat pada otot kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak di samping menjalankan fungsinya sepanjang hari.
Dinding salur darah tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.
Oleh itu, semakin meningkat usia, penghasilan kolagen akan semakin menurun. Disebabkan itu, kulit akan nampak lebih berusia. Hal ini yang akan menjadi kegusaran oleh setiap individu. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk mula makan makanan yang mempunyai sumber kolagen. Saya akan share kan di next entry.
Sekian. Assalamualaikum.