So first entry aku kali ni tentang perjalanan aku ke KLIA menggunakan transport awam. Actually ni first time aku pergi KLIA. Boleh imagine tak apa perasaan kau time tu? Berdebar ada cuak ada hahaha. Semua tu sebab aku ni bukan jenis penakut. Tapi lebih kepada takut sesat atau salah arah. Tu tak kira penakut laa kan??? Hehe
Okay. So first sekali, disebabkan flight aku time weekdays dan semua orang bekerja, so takde siapa boleh hantar aku. Disebabkan itu, aku mencari alternatif lain untuk ke KLIA. PUBLIC TRANSPORT.
Aku tinggal area Bandar Sunway. Supposedly memang ada public transport dekat dengan tempat tinggal aku iaitu BRT Sunway. Kalau ikutkan maps, dari BRT Sunway aku kene pergi ke BRT USJ7. Lepastu transit ke LRT laluan Kelana Jaya ke arah Putra Height. So dari USJ7 ke Putra Height dan dari Putra Height terus ke LRT Bandar Tasik Selatan (TBS). Untuk ke TBS ni aku amek masa dalam 1 jam.
LRT Route |
Sampai dekat TBS, terus pergi ke laluan KLIA Transit. Ikut signboard yang pihak TBS sediakan. Nanti korang terus turun dan pergi ke kaunter untuk beli tiket. Dekat sini dia sediakan juga mesin tiket yang boleh beli tiket menggunakan Kad Debit/ Kredit. Tapi aku malas nak fikir time tu, aku terus je pergi ke kaunter and cakap nak pergi ke KLIA. Nanti dorang bagi tiket bebrbentuk macam kad TouchN'Go tu. Harga ke KLIA RM38.40. Nanti orang yang dekat kaunter tu akan bagitahu kita perlu ke platform mana untuk ke KLIA.
Harga tiket KLIA Transit |
So tunggulah train tiba. Perjalanan ke KLIA dalam lebih kurang 45 minit sebab dia ada berhenti dekat beberapa steesen. So far, train ni bersih. Ruang dia luas. Just kalu kau bawa beg bagasi besar tu korang tak boleh letak dekat depan kaki korang. Letak je tepi korang. In Shaa Allah selamat.
Finally, after 45 minit sampai dekat KLIA. So sampai-sampai je kau ikut je orang. nanti kene naik lif pergi ke balai perlepasan. nak pergi foodcourt ke. ikut suka korang. sekian untuk cara ke KLIA dengan menggunakan transport awam. Babai guys. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment