JUDUL: SIAPA DIA SEBENARNYA
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Ebby Saiful
TERBITAN : Mache Allstar United
PELAKON : Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail, Elly Mazlein
SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA
Adrianna seorang pelajar tahun akhir di sebuah institut pengajian tinggi dan berada di tahun akhir. Adrianna mempunyai kisah silam yang sehingga kini dia masih dalam keadaan trauma kerana sering terbayang apa yang berlaku ke atas dirinya. Adrianna telah berkenalan dengan seorang pemuda kacak bernama Qalif yang mana beberapa bulan selepas beberapa bulan bercinta, Qalif telah melamar Adrianna untuk menjadi suri hatinya. Stelah beberapa hari mereka bernikah, Qalif telah membawa Adrianna ke sebuah pulau untuk berbulan madu. Pada suatu malam di pulau tersebut, mereka terserempak dengan seroang gadis yang wajahnya penuh dengan kesan parut. Gadis itu seakan terkejut sejurus sahaja melihat Qalif. Adrianna perasan akan reaksi gadis itu.
Adrianna berasa tidak sedap hati dan mula menyiasat. Dalam pada waktu yang sama, Qalif selalu keluar malam sehinggalah ke malam terakir mereka berbulan madu. Adrianna dapat rasa bahawa suaminya bertanyakan orang awam tentang gadis yang berparut di muka itu. Setelah mereka balik dari berbulan madu, Adrianna mula menyiasat. Dalam masa yang sama dia sedang membuat kertas kerja berkaitan dengan tiga kes bunuh dimana cara pembunuhan mereka hampir sama. Adrianna tidak berkongsi dengan Qalif tentang siasatannya itu. Sehinggalah pada satu malam Qalif cuba membunuh Adrianna namun sempat diselamatkan Haziqah, gadis bermuka parut yang pernah berkahwin dengan Qalif dulu.
*********************************************************************************
So, korang boleh laa try tengok telemovie ni. Plot cerita dia best. Boleh klik link ni Siapa Dia Sebenarnya. Actually sebenarnya aku terlayan cerita ini sebab aku tengah layan cerita Remy Ishak berlakon yang trending sekarang Pujaan Hati Kanda. Then ada suggestion telemovie ni, itu yang menyebabkan aku terlayan telemovie ni padahal dah dua tahun cerita ni diatayangkan. Sekian ~~~